cikkedingchumell !!

cikkedingchumell !!

Thursday, 7 March 2013


Dedicated to : awang (bukan nama sebenar)
Thanks.

Cinta letaknya di dalam jiwa.
Dan jiwa manusia itu tunggang terbalik gayanya.
 Sebab itu ia dinamakan Qalb. Justeru, Cinta sifatnya berubah-ubah.
 Sebab itu perlu diletakkan ‘pemberat’ yang kukuh untuk menjaganya.

Oleh itu kita perlulah meletakkan Allah sebagai pemberatnya, supaya dapat membuahkan cinta-cinta yang lain.




Darjat-Darjat Cinta

1. Cinta Agung.

Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak akan ada yang lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi Islam. Tiada yang akan mampu menandingi kelebihan cinta ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” - Surah At-Taubah ayat 24.

Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta kepada Rasulullah SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita akan mampu memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan.

Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan Uhud, tidak terkejut mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi dia risaukan keadaan Rasulullah SAW.

Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu Rasulullah SAW, dia berkata:

“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil apabila melihat engkau dalam keadaan baik”

Sungguh indah cinta ini.


2. Cinta pertengahan

Cinta ini adalah yang biasa dihidapi oleh semua manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.

Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta Agung tadi, maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu, cinta pertengahan ini perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung tadi.

Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana Allah, cinta kita kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana Allah, kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.

Yang menjadikan hubungan ini menarik apabila dibina atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi Syurga merentasi neraka.

Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan ini hanyalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di atas dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.


3. Cinta Hina

Apakah cinta yang hina? Itulah dia cinta kepada taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan begini, tiada yang akan menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina.Tetapi hakikatnya, melanggar perintah Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan, melakukan apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada taghut dan kesesatan.
Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa ‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran. Cinta inilah yang akan menyeret Cinta Pertengahan kepada kerosakan.

Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini. Pandang sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat kita memahami cinta. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak diendahkan lagi. Maka rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk ke dalam jiwanya.



Cinta sememangnya fitrah. Ia seperti makan. Makan adalah fitrah, namun ia perlu dikawal, jika tidak ia akan mendatangkan pelbagai penyakit. Begitu jugalah cinta.


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta..
Jika aku jatuh hati..



Cinta  dan  iman…





Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaa….

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud


Wednesday, 6 March 2013


La  Tahzan

Assalamualaikum..
Dalam  hidup ni..
Kadang kadang.. 
Apa yang kita harapkan dan kita impikan tak semua menjadi seperti yang dirancang..
Kita hanya hamba yang boleh merancang, tapi Dia yang tentukan semuanya.
biarlah ..
aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya,,
LA TAHZAN... 

Jodoh, ajal, maut semua di tanganNya..
kuatkan hati terima semua dugaan..
Insyaallah, percayalah ..
ada hikmahnya nanti..


kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya..
jalannya dihiasi duri duri luka
tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah
tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah.......

 diri ini tidaklah sebaik mana, namun masih ingin mencari redha dan hidayah daripadaNya... semoga diri ini tidak lupa kepadaNya..