Dedicated to : awang (bukan nama
sebenar)
Thanks.
Cinta
letaknya di dalam jiwa.
Dan
jiwa manusia itu tunggang terbalik gayanya.
Sebab itu ia dinamakan Qalb. Justeru, Cinta
sifatnya berubah-ubah.
Sebab itu perlu diletakkan ‘pemberat’ yang
kukuh untuk menjaganya.
Oleh itu kita perlulah meletakkan Allah sebagai
pemberatnya, supaya dapat membuahkan cinta-cinta yang lain.
Darjat-Darjat
Cinta
1. Cinta Agung.
Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak akan ada yang
lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan perintah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi Islam. Tiada yang akan
mampu menandingi kelebihan cinta ini.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu,
dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau
suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal
yang kamu sukai,
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang
kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab
seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik (derhaka).” - Surah At-Taubah ayat 24.
Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta
kepada Rasulullah SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita
akan mampu memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan.
Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan
Uhud, tidak terkejut mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi
dia risaukan keadaan Rasulullah SAW.
Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia
tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu
Rasulullah SAW, dia berkata:
“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil
apabila melihat engkau dalam keadaan baik”
Sungguh indah cinta ini.
2. Cinta pertengahan
Cinta ini adalah yang biasa dihidapi oleh semua
manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta kepada
sahabat-sahabat dan sebagainya.
Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta Agung tadi,
maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu, cinta pertengahan ini
perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung tadi.
Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana
Allah, cinta kita kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana
Allah, kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak
kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.
Yang menjadikan hubungan ini menarik apabila dibina
atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi Syurga merentasi neraka.
Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan
ini hanyalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di
atas dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.
3. Cinta Hina
Apakah cinta yang hina? Itulah dia cinta kepada
taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan begini, tiada yang akan
menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina.Tetapi hakikatnya, melanggar
perintah Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan,
melakukan apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada
taghut dan kesesatan.
Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa
‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran. Cinta inilah yang akan menyeret Cinta
Pertengahan kepada kerosakan.
Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini. Pandang
sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat kita memahami
cinta. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak diendahkan lagi. Maka
rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk ke dalam jiwanya.
Cinta sememangnya fitrah. Ia seperti makan. Makan
adalah fitrah, namun ia perlu dikawal, jika tidak ia akan mendatangkan pelbagai
penyakit. Begitu jugalah cinta.
No comments:
Post a Comment