cikkedingchumell !!

cikkedingchumell !!

Wednesday 9 April 2014

Duniawi. Ukhrati.


Dan bila manusia di atas muka bumi hanya mengejar dunia.
Dunia. Dunia.
Begitu singkat waktu bertemu Dia di atas sejadah. 

Urusan kerja sebagai penjawat awam diutamakan. Menyelamatkan nyawa dan memberi perawatan sebaik mungkin sebagai seorang jururawat. Membahagi masa diantara waktu kecemasan yang kadang kadang tidak boleh dielakkan hingga terpaksa meninggalkan waktu solat.

 Barakah kah pekerjaan ini dengan melupakan Dia yang Maha memberi rezeki ? Allahurabbi. 

Bukan menyesali rezeki yang Allah kurniakan cuma kesal dengan sikap manusia yang tidak berusaha untuk bertemu Dia. Walaupun hanya 5 minit di atas sejadah. 
Urusan dunia lebih diutamakan. 

Sudahlah,

cukup penat memikirkan segala hal duniawi. Moga Dia tetapkan hati masing masing dengan iman.

cukup penat menjaga hati dan perasaan orang lain yang sebenarnya tiada langsung talian darah. entah siapa siapa, datang dari mana. 

Tapi tidak berusaha menjaga hati orang tua dan saudara yang sememangnya sudah ada talian darah yang mengalir dalam tubuh.

terlalu banyak masalah dunia, terlalu banyak masa kepada dunia hingga akhirat hujung sana sukar digapai, sukar digenggam, sukar dipegang itu semua kerana dunia.

Ya Allah, berilah kesempatan kepada hamba mu yang daie ni mencari ruang dalam kesibukan dunia, dalam kegelapan jalan gelita supaya sentiasa memikirkan Mu Ya Allah.
Jauhkan segala rasa hasad dengki dan sifat membenci dalam diri ini Ya ALLAH.

DAN SEMOGA ALLAH TETAPKAN HATI MASING MASING DENGAN IMAN :')

inspirasi : mohd amiruz sallam

No comments:

Post a Comment